TAG 042 (b)

Keganasan yang mencabar

 

Bahagian   Dua

 

Musuh  Yang Licik

 

Osama bin Laden  memang merupakan  seorang musuh yang licik. Dia mempunyai satu  jaringan  operasi longgar  yang mengandungi cabang operasi  yang separa-bebas  dan  mampu mendapatkan bantuan  kewangan  melalui  organisasi  yang kelihatan  bergerak secara  bersahaja. Pengawasan  yang prihatin pun  kerap  gagal  menepiskan serangannya. Mengikut  sumber risikan  Amerika, dua  tahun  sebelum kedutaan  Amerika di Kenya  dan Tanzania  diserang  dengan  bom,  CIA  dan  Agensi Keselamatan  Negara telah  memasang  alat  pengintipan kepada  lima buah telefon  yang digunakan oleh  orang-orang yang disyakki menjadi  ahli cawangan   Al Queda  di Kenya. Pihak  FBI  berjaya   menangkap  salah seorang yang disyakki itu untuk  disoal-siasat. Beliau  ialah Wadih el-Hage, seorang  rakyat  Amerika  daripada  Lebanon yang pernah  menetap  di Texas dan menguruskan   perniagaan  Bin Laden  di sana. Kenapakah  pegawai penyiasat   dan  pendera  itu   membongkar rancangan pengboman itu? Mereka   digagalkan   oleh kepintaran  para   operatif  yang  disyaki  itu dalam menggunakan   kod rahsia  dan  nama samaran serta  perkataan yang mengandungi  rahsia  maknanya.

 

 

Adalah  amat  sukar untuk  mengesan  makna isyarat   daripada  jaringan  komunikasi  Osama Laden. Dia menggunakan  satu sistem putar alih komunikasi  yang boleh  dibeli di pasaran  terbuka. Mengikut beberapa  laporan, dia mampu berhubung secara  on-line  menghantar peta-peta dan isyarat berahsia kepada  pengikutnya  melalui   laman web  yang menyediakan fonograpi  dan  warta sukan kepada pelanggan mereka. Dia memang pintar menggunakan organisasi proksi  sebagai  saluran  membersihkan  wang tunai. Beberapa  organisasi proksi ini memang wujud  di Amerika Syarikat.  Di Minneapolis,  pasukan FBI dan  Perkhidmatan  Imigresen  dan Pendudukan-Tetap sedang  membuat penyiasatan  terhadap ledakan  kiriman wang  luar negara   yang  dilakukan oleh pendatang  Somali di  tempat  perkampungan  mereka. Mengikut  laporan selidikan  oleh  Minneapolis  Star Tribune  pada  November  lalu,  pendatang Somali   telah mengirimkan  sebanyak  75 juta dollar daripada Amerika Syarikat  dengan kadar sekitar 2 juta hingga  4 juta  dollar, setiap bulan.  NEWSWEEK  difahamkan betapa  para penyiasat  Amerka  beranggapan  bahawa  sebahagian wang  itu  adalah untuk  pergerakan  Islam yang bernama Al-Ittihad yang  mempunyai kaitan  dengan  Al Qaeda.

 

(Catatan  Penerjemah:  Lihat  betapa bongoknya orang Amerika. Bulan November dulu adalah musim  umat Islam bersiap  sedia  menunaikan kerja-kerja  Ramadhan  dan Aidulfithri. Orang  Somalia  seperti juga  kaum Arab  lain  selalunya mengerjakan  umrah  ketika  itu. Adalah logik  kalau  yang mampu dan berwang di Amerika  mengirimkan  wang  kepada saudara mara  mereka  yang memerlukannya. Tetapi,  FBI mana tahu  semua  itu?)

 

Amerika  Syarikat  adalah sebuah negara  yang bebas dan terbuka  luas. Memang tidak sukar   untuk menyusup masuk negara  itu.   Salah  seorang  calon saksi pihak pendakwa  dalam  kisah  pengboman  kedutaan yang  sedang  dibincangkan di  mahkamah  York City  ialah Ali Mohamed.  Ali  memaasukki Amerika  pada  1980-an  dan berjaya  menganggotai  pasukan angkatan bersenjata  Amerika Syarikat.  Dia selanjutnya dinaikkan pangkat menjadi sarjan dan telah  dikerahkan  untuk menganggotai  pasukan  khas yang berpangkalan di Fort Bragg, N.C, di mana  dia ditugaskan sebagai seorang pelatih  unit  komando yang elit mengenai budaya  Islam dan  politiknya.   Rupanya ketika  itu, dia sudah pun berkhidmat (secara rahsia mungkin – penterjemah)  dengan Egyptian  Islamic Jihad yang memang  mempunyai pertalian  rapat  dengan Al Qaeda.  Apabila  bersara  daripada perkhidmatan  tentera  Ali Mohamed  telah beralih ke Afghanistan  dan menjadi guru yang melatih orang-orang Osama Laden dalam  perihal  menggunakan  bahan ledakan. Tidak lama kemudiannya  dia   memulakan  kerja-kerja penubuhan  Kumpulan Al Qaeda.

 

 

Ali Mohamed  telah  memberi keterangan bagaimana dia membawa  beberapa gambar  kedutaan Amerika untuk ditunjukkan kepada  Osama Laden. Osama  telah memberikan pendapatnya sambil menunjukkan   lokasi di mana sebuah trak  yang dipandu  oleh seorang wira jihad boleh membolosinya untuk meledakkan tempat  itu.

 

 

.......bersambung